Lewandowski kekal di Bayern sehingga 2021

Oleh Joe Wright 13 Disember 2016 1
Lewandowski kekal di Bayern sehingga 2021

Bayern Munich mengumumkan Robert Lewandowski telah melanjutkan kontraknya sehingga 2021.

Bekas pemain Borussia Dortmund itu telah mengadakan perbincangan bersama kelab dalam beberapa minggu ini mengenai kontraknya yang bakal tamat pada 2019.

Presiden Bayern, Uli Hoeness, memberin kenyataan pada minggu lalu bahawa Lewandowski 'hampir pasti' memberikan komitmen sepenuhnya bersama kelab, selepas terdapat khabar angin mengaitkan penyerang kebangsaan Poland itu akan berpindah ke Real Madrid.

Pemain berusia 28 tahun itu berkata dia sangat gembira dan menamatkan segala spekulasi mengenai masa depannya dengan kontrak baru selama empat setengah tahun untuk kekal bersama The Bavarians.

"Saya sangat berpuas hati dengan perbincangan yang berakhir dengan keputusan yang positif dan saya masih punya beberapa tahun lagi bersama FC Bayern," katanya.

"Kami memiliki objektif yang besar untuk masa akan datang."

Tentang Penulis

Joe Wright

Komen