Lewandowski catat rekod setara Ronaldo dalam UCL

Oleh Muzaffar Musa 20 Ogos 2020 1374
Lewandowski catat rekod setara Ronaldo dalam UCL
Gol tandukan Robert Lewandowski yang memastikan Bayern Munich menewaskan Lyon 3-0 dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Lisbon awal pagi tadi meletakkannya setara dengan Cristiano Ronaldo dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah.

Ia merupakan jaringan yang ke-15 daripada penyerang kebangsaan Poland itu dalam kejohanan berkenaan musim ini -- selain mengumpulkan 55 gol dalam kesemua kejohanan musim 2019-20.

Ronaldo merupakan satu-satunya pemain yang pernah mencecah angka itu walaupun dia melakukannya sebanyak tiga kali dalam setiap edisi di mana dia membantu Real Madrid bergelar juara

Dalam musim 2013-14, pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or itu menjaringkan 17 gol sebelum dia merekodkan 16 dan 15 jaringan, masing-masing dalam musim 2015-16 dan 2017-18.
 
Lewandowski kini menjaringan gol dalam sembilan perlawanan UCL berturut-turut.

Hanya Ronaldo pada 2018 (11) dan seorang lagi bekas pemain Manchester United, Ruud Van Nistelrooy, pada 2003 (9) pernah mencatatkan rekod yang sama atau lebih baik.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen