Leverkusen lantik Bosz sebagai pengurus pasukan

Oleh Penulis Jemputan 24 Disember 2018 8
Leverkusen lantik Bosz sebagai pengurus pasukan
Bayer Leverkusen telah melantik bekas pengendali Ajax dan Borussia Dortmund, Peter Bosz.

Leverkusen menghuni tangga kesembilan dalam saingan Bundesliga dan selepas merakamkan kemenangan ketiga dalam empat perlawanan liga dengan menewaskas Hertha Berlin kelmarin, Heiko Herrlich telah dilepaskan oleh kelab itu.

Leverkusen mendedahkan Bosz, yang mengharungi musim 2016-17 yang berjaya bersama Ajax, menandatangani kontrak sehingga 2020.

"Herrlich telah melonjakkan pasukan selepas mengharungi musim yang sukar," kata Pengarah Sukan Leverkusen, Rudi Voller.

"Kami mahu mengekalkan Herrlich sebagai ketua jurulatih tetapi tiada perkembangan positif dapat dipamerkan yang menyaksikan kelab mengambil keputusan untuk melepaskan khidmat beliau."

Bosz mengambil alih Ajax pada Julai 2016 dan memimpin kelab Eredivisie itu ke final Liga Europa (UEL) -- tewas 2-0 kepada Manchester United –- dan mengakhiri saingan liga di tempat kedua.

Tempoh khidmatnya bersama Dortmund tidak berpanjangan musim lalu selepas mereka gagal merakamkan sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan hingga Bosz dipecat pada penghujung tahun lalu.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen