Bayer Leverkusen berharap dapat mengekalkan Kai Havertz pada musim depan dan tidak bersedia melepaskannya dengan harga yang rendah.

Pemain berusia 20 tahun itu muncul salah seorang pemain berbakat Bundesliga dan dikaitkan dengan beberapa kelab besar seperti Bayern Munich, Real Madrid dan Liverpool.

Spekulasi menular bahawa pemain itu bakal berhijrah di penghujung musim ini tetapi pengarah sukan Leverkusen, Simon Rolfes, yakin dapat mengekalkan bintangnya itu.

Dia juga memberi amaran bahawa Leverkusen akan menuntut harga tinggi meskipun pasaran terganggu akibat wabak coronavirus dengan kelab menilai Havertz pada jumlah EUR100 juta (RM481 juta).

"Kami memiliki harapan dan mahu melihat dia beraksi bersama kami pada musim depan," katanya.

"Kami berbincang dengan baik bersama Havertz, secara terbuka dan saling memahami walaupun terdapat banyak spekulasi.

"Untuknya, perkara utama adalah mengukuh aspek sukan.

"Harga untuk pemain hebat sentiasa tinggi."

Havertz telah meledakkan 11 gol dan lima bantuan jaringan dalam 26 penampilan Bundesliga musim ini.