Bekas pemain Melaka, Curran Ferns, muncul dengan beberapa dakwaan terhadap kelab lamanya itu.

Antara dakwaan yang dikemukakan oleh Curran adalah kegagalan Melaka menjaga kebajikan pemain yang cedera kerana tidak mempunyai insurans.

Selain itu, Curran juga mendakwa bahawa Melaka tidak bersikap profesional dalam soal pembayaran dan pemotongan gaji ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Selepas tiga bulan, gaji tidak yang dibayar oleh Melaka. Apa yang tidak menggembirakan saya lagi adalah pemotongan gaji selepas gaji pemain telah tertunggak selepas dua bulan," katanya.

"Saya tidak memberikan sebarang persetujuan dengan perkara itu dan mereka menjanjikan bonus kepada kami jika memenangi perlawanan.

"Apa yang mengecewakan lagi saya adalah mengenai insurans pemain. Saya tidak dapat menjalankan imbasan terhadap kecederaan hamstring yang dialami dan saya berasakan ia merupakan sesuatu yang tidak masuk akal."

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Mohd Asri Ninggal, pula tampil berkata,"Ya, kami mengakui terdapat tunggakan gaji untuk dua bulan dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara ini. Ia bukanlah sesuatu yang disengajakan namun ia berpunca daripada pandemik Covid-19 menyaksikan barisan penaja menarik diri."

Setiausaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, pula berkata, "Kami telah menerima laporan daripada pihak Curran mengenai tunggakan gaji yang dihadapi dan perkara ini akan dinilai terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil."