Layak ke Piala AFC anugerah buat Nafuzi, Terengganu

Oleh Ammar Hakim 13 November 2020 632
Layak ke Piala AFC anugerah buat Nafuzi, Terengganu
Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, menganggap tiket ke Piala AFC 2021 sebagai anugerah terindah bagi dirinya dan pasukan Terengganu.

Nafuzi turut berasakan ia adalah pencapaian terbaiknya pada tahun pertama dalam menggalas tugas selaku pengendali Terengganu.

"Disebabkan tiada Piala FA ekoran Covid-19, kami telah mengambil keputusan untuk memberikan tiket Piala AFC kepada juara saingan Piala Malaysia," kata Ketua pegawai eksekutif Liga Bolasepak Malaysia, Datuk Ab Ghani Hassan.

Pembatalan saingan Piala Malaysia 2020 memberi tuah kepada skuad Peteh yang diberikan slot ke kempen Piala AFC musim depan.

Jurulatih berusia 42 tahun berkenaan berjaya meletakkan pasukan tersebut dikedudukan terbaik berbanding musim-musim sebelumnya.

Untuk rekod, Nafuzi adalah satu satunya jurulatih tempatan dalam lima pasukan terbaik Liga Super 2020.

"Bagi Terengganu, kami bersedia untuk saingan Piala AFC, kami sudah mula membuat perancangan bagi persediaan pasukan untuk bertanding dalam saingan Piala AFC," kata Nafuzi.

Selesai isu status Piala Malaysia, arena bola sepak tempatan terus hangat dengan perkembangan perpindahan pemain dan jurulatih bagi saingan Liga Malaysia 2021.

Paling mencuri tumpuan, juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor yang tidak melanjutkan kontrak beberapa pemain utama antaranya kapten, Taylor Regan dan Syazwan Zainon.

"Masa depan saya terletak di tangan tuhan. Segalanya masih belum diputuskan untuk beberapa minggu akan datang," kata Pemain tengah, Sandro da Silva.

"Mungkin bukan rezeki saya kekal di Selangor musim hadapan. Buat masa ini, saya masih lagi belum melihat peluang menyertai pasukan baru dan akan membincangkan perkara itu dalam masa terdekat," kata Syazwan.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen