Frank Lampard memberikan pujian buat barisan pertahanan yang dibarisi Thiago Silva dan Edouard Mendy selepas Chelsea seri tanpa jaringan dengan Sevilla dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL).

Aksi terdahulu The Blues menyaksikan mereka dibolosi tiga kali ketika Southampton berjaya berkongsi mata di Stamford Bridge, tetapi mereka kelihatan lebih ampuh dalam usaha mendapatkan mata pertama dalam saingan Kumpulan E.



Lampard membuat tiga pertukaran dalam barisan pertahanan daripada Sabtu lalu, membawa pasukan Reece James sebagai bek-kanan, Mendy selaku penjaga gol dan Silva bertindak sebagai tonggak pertahanan.

Dia memberikan pujian kepada dua pemain tersebut, yang dipercayainya mampu memberikan impak yang penting dalam pertahanan Chelsea sejak tiba ke dalam pasukan musim ini.

"Ini adalah sesuatu yang selalu anda perjuangkan dan saya menyatakannya sebelum ini mengenai barisan pemain yang kami ada sekarang," kata Lampard.

"Thiago saya fikir menunjukkan perkara yang telah saya bicarakan, pengalaman dan kualiti; Mendy mungkin telah menafikan percubaan terbaik pasukan lawan.

"Kami berdepan pasukan yang sangat bagus, persembahan pertahanan yang sangat teratur. Mereka memberi anda banyak ancaman, mereka sangat baik.

"Kami dibolosi pada minit-minit terakhir perlawanan sebelum ini dan kehilangan dua mata. Perkara paling penting adalah memastikan ia tidak menggugat prestasi kami dalam perlawanan seterusnya, mengatasi situasi itu memberikan keyakinan.

"Kami akan bermain dengan lebih baik, saya sentiasa bercakap mengenai perkara yang sama, tetapi kami tidak mempunyai pemain yang bergandingan secara lebih kerap

"Lebih kerap melakukannya, kami akan menampilkan permainan yang lebih semula jadi."