Lallana dedah pemain England saling kata-mengata sebelum menang

Oleh Staff Writer 12 November 2016 2
Lallana dedah pemain England saling kata-mengata sebelum menang

ENGLAND 3 SCOTLAND 0

Adam Lallana mendedahkan pemain England bertukar kata-kata yang keras antara satu sama lain ketika separuh masa kedua aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Scotland.


Pemain tengah Liverpool itu menyumbang gol kedua perlawanan untuk membantu England melakar kemenangan selesa 3-0 di Wembley, dengan Daniel Sturridge dan Gary Cahill turut melakar nama selaku penjaring.

Meskipun mencatat keputusan meyakinkan, namun England gagal menjelmakan aksi mantap dalam tempoh 60 minit pertama.

Pemain berusia 28 tahun itu mendedahkan mereka perlu menyelesaikan beberapa perkara sebelum aksi persahabatan berdepan Sepanyol pada Selasa.

"Kami bermain dengan hambar dan kami mula bertukar kata-kata yang agak keras antara satu sama lain," Lallana memberitahu ITV.

"Pada babak kedua, kami membuat jaringan pada waktu yang tepat. Jadi, kami perlu berkerja keras sebelum perlawanan pada Selasa."

Ini merupakan kemenangan kedua England sejak diambil ailh pengendali sementara, Gareth Southgate.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen