LaLiga tetap laku tanpa Messi 

Oleh Shaiful Shamsudin 12 Oktober 2020 861
  LaLiga tetap laku tanpa Messi 
Presiden LaLiga, Javier Tebas, mengetepikan ketiadaan bintang Barcelona, ​​Lionel Messi, akan membuatkan kancah di Sepanyol hilang seri selain memberi peringatan bahawa mereka akan berdepan krisis kewangan sekiranya COVID-19 memaksa aktiviti bola sepak ditangguhkan lagi.

Messi memohon untuk berpindah berikutan musim 2019-20 yang penuh bergelora, lebih-lebih lagi Barca dimalukan 2-8 oleh Bayern Munich dalam separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) selain membiarkan Real Madrid merampas gelaran LaLiga, namun pemilik enam Ballon d'Or itu akhirnya memilih untuk terus bertahan di Camp Nou selama semusim lagi. 

Pemain berusia 33 tahun itu -- yang mempunyai klausa pelepasan berharga €700 juta (RM3.4 bilion) -- semakin hangat dikaitkan dengan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, sementara Paris Saint-Germain (PSG), Juventus dan Inter juga berpotensi menjadi destinasi seterusnya.

Ditanya mengenai Messi, Tebas berkata kepada wartawan: "Seperti yang selalu saya katakan, saya ingin lihat Messi dalam LaLiga. Jika dia kekal di Barcelona, ​​ia jauh lebih baik buat pasukan itu. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on



"Penyatuan di antara Barcelona FC dan Messi sangat bagus buat Barca, Messi dan juga LaLiga. Saya tidak pasti sama ada meninggalkan Barcelona akan menjadi idea yang baik untuk Messi.

"Mungkin ya sebagai pemain tetapi Messi bukanlah industri utama dalam bola sepak. Dia adalah sebuah mesin yang menjana industri di sekelilingnya. Tidak pasti sama ada ia akan berhasil untuknya.

"Messi akhirnya kekal tetapi saya harus mengatakan bahawa kami sudah menjual hak penyiaran LaLiga kepada seluruh dunia selama empat tahun akan datang dan belum ada pihak yang meminta kami supaya membatalkan perjanjian itu sekiranya Messi angkat kaki. Tiada seorang pun."

Krisis COVID-19 memaksa musim LaLiga 2019-20 ditangguhkan Mac lalu sebelum saingan liga kembali di gelanggang tertutup pada Jun lalu yang menyaksikan Madrid dinobatkan juara. 

Kempen baru telah bermula tetapi pandemik itu menunjukkan peningkatan kes di seluruh Sepanyol dan Eropah.

"Kami ada terbaca di surat kabar bahawa aktiviti ekonomi tidak boleh dihentikan lagi, kita harus mencari keseimbangan di antara aspek kesihatan dan kewangan," katanya lagi.

"Jika tidak, daripada pandemik kesihatan kita mungkin berdepan pandemik kewangan, ia cukup berbahaya."

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen