LaLiga: Setien tidak pasti masih jurulatih Barcelona bulan depan

Oleh Muzaffar Musa 17 Julai 2020 183
LaLiga: Setien tidak pasti masih jurulatih Barcelona bulan depan
Quique Setien mengakui bahawa dia tidak pasti sama ada masih mengendalikan Barcelona dalam Liga Juara-Juara Eropah bulan depan atau tidak.

Barcelona tewas 1-2 kepada Osasuna awal pagi tadi, sekali gus membantu seteru utama, Real Madrid, menjulang kejuaraan LaLiga buat kali ke-34.

Lionel Messi berkata Barca perlu menyalahkan diri sendiri menjelang pertemuan dengan Napoli dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah selepas terikat 1-1 dalam perlawanan pertama di Itali.

Ditanya sama ada dia akan kekal menerajui pasukan itu menjelang perlawanan menentang skuad kendalian Gennaro Gattuso berkenaan, Setien berkata: "Saya harap juga tetapi saya tidak tahu.

"Saya bersetuju dengan Messi mengenai beberapa perkara, tentang menyalahkan diri sendiri," katanya.

Ketika Setien percaya Barca masih berpeluang dalam Liga Juara-Juara, dia sedar masa depannya kini bukan terletak di tangannya.

"Saya seorang yang paling bertanggungjawab. Sudah pasti, saya diberikan kuasa bertenaga.

"Saya yakin kami akan menjadi pasukan yang berbeza, dengan penuh kekuatan mental dan dengan itu, kami akan menghadapi Liga Juara-Juara dengan keyakinan maksimum.

"Setakat itu sahaja di bawah kawalan saya dan selebihnya tidak. Saya sudah biasa menghadapi situasi ini," katanya.
 
Sejak saingan LaLiga bersambung bulan lalu, Barcelona hanya memenangi enam daripada 10 perlawanan manakala Madrid memenangi kesemuanya.

Setien percaya Barca kekurangan tuah berbanding seteru itu dengan berkata: "Mereka memenangi kesemua 10 perlawanan dan kami keciciran mata.

"Kami keciciran mata dalam banyak perlawanan yang kami patut menerimanya.

"Sebagai contoh ketika berdepan Atletico (Madrid), kami memang patut seri.

"Kami tidak memiliki tuah yang anda perlukan ketika memenangi sesuatu, yang anda telah berikan segala-galanya, tetapi ia berlaku kepada seteru kami.

"Tidak perlu meminta maaf kerana ia adalah faktanya," katanya lagi.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen