Florentino Perez yakin Sergio Ramos akan menamatkan kariernya di Real Madrid selepas mengetuai pasukan itu menjulang trofi LaLiga buat kali ke-34 awal pagi tadi.

Skuad Los Blancos itu menewaskan Villarreal 2-1 untuk meraih gelaran liga pertama sejak musim 2016-17 bagi menamatkan dominasi Barcelona dalam dua musim terdahulu.

Ramos memainkan peranan penting sepanjang musim ini dengan menjaringkan lima gol dalam 10 perlawanan terakhir LaLiga untuk dikalungkan pingat kejuaraan kelimanya.

Kontrak pemain berusia 34 tahun itu akan tamat pada penghujung musim depan dan dia mahu menamatkan kariernya di Madrid, namun keputusan itu terletak di tangan Perez.

Presiden kelab itu juga berkeinginan untuk mengekalkan Ramos sehingga pertahanan tengah itu menamatkan kariernya dengan jersi putih berkenaan.

"Ramos pasti akan menamatkan kariernya di Madrid," kata Perez kepada Movistar.

"Walaupun terdapat perbincangan mengenai perkara itu, ia tidak akan berubah, semua orang masih tenang.

"Dia lebih daripada sekadar kapten. Dia mengetuai pasukan ini dengan sifat kepimpinan yang hebat," katanya.
.

Zidane memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara Eropah berturut-turut dalam tempoh pertamanya mengendalikan pasukan itu dan kembali ke pangkuan Madrid pada Mac tahun lalu demi menyelamatkan pasukan berkenaan.

Walaupun Madrid tidak sentiasa memaparkan aksi menarik sepanjang musim ini, Perez sedar kepentingan jurulatih berbangsa Perancis itu.

"Dia memenangi gelaran setiap 19 perlawanan.

"Ia adalah kurniaan daripada syurga dan dia berada bersama kami sejak sekian lama.

"Mereka boleh mengkritiknya semahu mereka. Kami akan terus memenangi gelaran," tambahnya.