Lagi rekod baru daripada Lewandowski

Oleh Ammar Hakim 25 Oktober 2020 834
Lagi rekod baru daripada Lewandowski
Robert Lewandowski mencipta rekod baru Bundesliga dengan jaringan hatrik ketika Bayern Munich menang 5-0 ke atas Eintracht Frankfurt semalam.

Bintang Poland itu meledak gol tiga kali dalam tempoh 60 minit di Allianz Arena sekaligus merekodkan gol yang ke-10 dalam lima perlawanan bagi musim 2020-21.



Tiada pemain mencapai sebanyak bilangan jaringan itu dalam lima perlawanan Bundesliga.

Sebelum ini, pemain berusia 32 tahun itu merekodkan rekod dalam saingan Bundesliga ketika menang 4-1 menyaksikan dia telah menjaringkan gol dalam setiap 18 pasukan yang bertanding, termasuk Bayern.

Lewandowski menjaringkan 55 kali dalam semua pertandingan musim lalu -- sekurang-kurangnya lebih 16 gol daripada mana-mana pemain lima liga utama Eropah -- ketika membantu Bayern memenangi Bundesliga, DFB-Pokal dan trofi Liga Juara-Juara (UCL).
 




 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen