Thibaut Courtois menegaskan dia tidak pernah berdepan sebarang masalah dengan Keylor Navas sambil mendedahkan kini fokus terhadap situasi penjaga gol Real Madrid yang telah berkurangan susulan perpindahan bintang Costa Rica itu ke Paris Saint-Germain (PSG).

September lalu, Navas melengkapkan perpindahan ke PSG sambil Alphonse Areola berhijrah ke Madrid menerusi pinjaman.

Musim lalu, Courtois dan Navas bersaing untuk mendapatkan status penjaga gol nombor satu di Madrid sambil media dan peminat sering berdebat siapa di antara dua pemain itu layak diangkat selaku penjaga gol utama.

Kini, perdebatan itu sudah selesai sambil penjaga gol Perancis, Areola, bertindak selaku pengganti buat Courtois tetapi bekas pemain Chelsea itu menegaskan tiada sebarang isu di antara dia dan Navas.

"Akhirnya, ia sama seperti kehidupan. Ada sesetengah yang anda mempunyai hubungan baik dan banyak bercakap," katanya.

"Navas adalah pasangan dan saya sentiasa cuba untuk membantu satu sama lain. Apa yang pasti, ia tidak lagi membantu saya.

"Saya fikir kini tiada lagi perdebatan dari luar kerana dari dalam, kami adalah dua penjaga gol yang bersaing dan berlatih. Areola adalah penjaga gol yang hebat.

"Keperluan untuk saya setiap hari tidak berubah. Namun, kini kurang perdebatan."


Editor: Nafis Abdullah