Toni Kroos membalas sindiran Mason Mount selepas pemain tengah Chelsea itu menafikan komen bintang Real Madrid tersebut menjelang aksi kedua separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) kelmarin.

Sebelum kekalahan 0-2 Madrid kepada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, Kross mendedahkan bahawa tidurnya sepanjang 15 tahun karier ini tidak pernah terganggu dengan kelincahan lawannya.

Mount kemudian memetik kenyataan itu sebaik Chelsea mengesahkan kejayaan agregat 3-1 untuk berentap dengan pencabar Liga Perdana Inggeris (UCL), Manchester City, dalam perlawanan akhir UCL.

"Saya terbaca salah seorang pemain mereka sebelum ini mengatakan bahawa dia tidak pernah gagal melelapkan mata kerana aksi individu," kata Mount kepada CBS Sports.

"Tetapi saya rasa kami sebagai sebuah pasukan telah menyebabkan mereka tidak dapat tidur lena."

Kroos kemudian membalasnya melalui Twitter, awal pagi tadi dengan pujian sambil mengucapkan semoga berjaya kepada seteru dari London itu.

"Tidur saya masih OK. Syabas atas semalam. Tahniah," katanya dalam ciapan.

"Selamat mahu jaya dalam final UCL pertama anda."




Walaupun bintang berusia 22 tahun itu akan tampil di pentas akhir UCL buat julung kalinya, Kroos sebaliknya sudah memenangi empat gelaran.

Pemain berusia 31 tahun itu menjulang mahkota berkenaan pada tahun 2013 di samping gergasi Bundesliga, Bayern Munich, sementara tiga berturut-turut bersama Madrid dari 2016-2018.

Kroos juga merupakan pemenang Piala Dunia bersama Jerman.