Pengarah kelab, Jose Angel Sanchez, menegaskan Real Madrid tidak akan menjual pemain tengah, Mateo Kovacic, Januari ini.

Pemain kebangsaan Croatia itu membuat penampilan sulung sejak September lalu dalam saingan Copa del Rey bertemu Fuenlabrada selepas berehat panjang kerana mengalami kecederaan pangkal paha.

Pemain berusia 23 tahun itu telah dikatikan bakal meninggalkan Santiago Bernabeu pada penghujung musim ini dan sekali lagi menjadi bualan.

Sanchez, bagaimanapun, yakin dia tidak akan dijual walaupun terdapat minat daripada Tottenham dan Inter pada tahun ini.

"Kovacic bukan untuk dijual, kami tidak akan menjualnnya! Jika ada sebarang tawaran untuknya pada Januari, kami akan menolaknya," katanya.

"Musim lalu, terdapat banyak tawaran dan pertanyaan mengenainya. Juventus dan AC Milan tidak menghantar tawaran tetapi Inter melakukannya. Dan juga dari England... iaitu Tottenham.

"Kovacic adalah seorang pemain yang bijak, kami menyedari kepentingannya untuk pasukan. Dia merupakan salah seorang pemain yang berpengaruh dalam pasukan," tambahnya.