Presiden LaLiga, Javier Tebas, mengesahkan protokol novel koronavirus dalam pertimbangan sekiranya penyebaran wabak itu semakin teruk hingga memberi kesan kepada bola sepak Sepanyol, tetapi dia menegaskan perlawanan 'El Clasico' pada awal pagi Isnin ini tidak berisiko.

Virus itu -- yang muncul di wilayah Hubei, China, sejak Disember lalu -- kini telah menjejaskan sekurang-kurangnya 53 negara dan membunuh lebih daripada 2,800 orang.

Walaupun Itali menjadi negara Eropah yang paling teruk terkesan, dengan beberapa bandar di utara dikenakan perintah berkurung manakala semalam, 32 orang telah disahkan dijangkiti di Sepanyol.

Di Itali, penyebaran koronavirus itu telah menyebabkan penangguhan beberapa acara sukan sementara lima perlawanan Serie A hujung minggu ini -- termasuk 'Derby d'Italia' di antara Juventus dan Inter -- akan berlangsung di stadium tertutup.


Tebas menegaskan LaLiga bersedia untuk membuat keputusan yang sewajarnya jika situasi di Sepanyol menjadi serius seperti di Itali, namun tidak khuatir terhadap perlawanan 'El Clasico' di Santiago Bernabeu, Madrid.

"Kami tidak akan menimbangkan kemungkinan untuk menangguhkan perlawanan 'El Clasico' atau mana-mana perlawanan lain tetapi pada petang esok kami telah menubuhkan pasukan yang akan menangani koronavirus dalam LaLiga untuk memantau keadaan," kata Tebas kepada pemberita.

"Kami merancang untuk menempatkan pegawai di bandar-bandar yang berbeza mengenai sama ada kami perlu bermain di stadium tertutup atau tidak. Wabak itu belum muncul lagi di Madrid dan kalau ada, tiada masalah untuk kami menangguhkan El Clasico.

"Jika ia berlaku, kami sedia menangguhkan perlawanan. Kami telah melihat kemungkinan bermain di stadium tertutup dan jika ia tidak mungkin dapat diteruskan, makan kami akan menangguhkannya.

"Sekiranya kes itu timbul, kami sudah mempunyai tarikh yang sesuai untuk mengadakan perlawanan-perlawanan tersebut. Kami telah membentangkan rancangan ini kepada Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) supaya mereka tidak terlepas pandang penglibatan pasukan-pasukan Sepanyol.

"Kami mengambil pendekatan berhati-hati, bukan penambahbaikan."