Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte, mendedahkan jadual perlawanan Serie A minggu 26, termasuk pertembungan di antara Juventus dan Inter, bakal ditangguh ekoran penularan koronavirus.

Wabak koronavirus di Itali memaksa empat perlawanan minggu lalu ditangguh, termasuk perlawanan melibatkan Inter dan Sampdoria.

Itali mengambil langkah pencegahan terhadap penyebaran koronavirus, yang turut dikenali sebagai COVID-19, selepas dua orang meninggal dunia dan 12 lagi dilaporkan positif.

Aksi akan datang melibatkan Juventus yang menerima kunjungan Inter 1 Mac ini turut dijangka bakal ditangguh.

"Saya berasakan perkara ini tidak boleh diredakan dalam tempoh seminggu," kata Conte kepada Rai.

"Kami sentiasa memantau situasi dan akan membuat penilaian. Dalam situasi ini, kami terpaksa mengambil keputusan untuk menunda semua perlawanan minggu hadapan."

Juve kini mendahului saingan Serie A dengan berkelebihan enam mata ke atas Inter selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas SPAL.

Cristiano Ronaldo mencetak gol ketika membuat penampilan ke-1000, gol yang ke-11 berturut-turut di Itali -- menyamakan rekod yang dilakukan oleh Gabriel Batistuta dan Fabio Quagliarella.