Kontrak baru Immobile mungkin pencen di Lazio 

Oleh Shaiful Shamsudin 1 September 2020 119
Kontrak baru Immobile mungkin pencen di Lazio 
Ciro Immobile memeterai kontrak baru selama lima tahun bersama Lazio.

Pemain antarabangsa Itali itu memenangi Kasut Emas Eropah pada 2019-20 selepas merekodkan 36 gol dalam 37 perlawanan Serie A.

Prestasi pemain berusia 30 tahun itu membantu kelab Kota Rom itu untuk menduduki tangga keempat saingan, hanya lima mata di belakang juara, Juventus, untuk kembali ke Liga Juara-Juara (UCL). 

Semalam, Lazio mengesahkan melalui Twitter bahawa Immobile telah memanjangkan kontraknya hingga 2025, ini bermaksud dia mungkin akan menamatkan kariernya bersama skuad bimbingan Simone Inzaghi itu. 

Bekas penyerang Sevilla itu, yang pernah dikaitkan dengan kelab termasuk Liverpool dan Barcelona, bakal menikmati gaji sekitar €3 juta (RM149j) semusim.

Immobile telah menyumbangkan 103 gol dalam 142 perlawanan liga sejak menyertai Lazio pada 2016.

 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen