Ronald Koeman telah dilantik sebagai ketua jurulatih baru Barcelona berikutan pemecatan Quique Setien.

Pengendali kelahiran Belanda meninggalkan peranannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan selepas bersetuju untuk kontrak dua tahun di Nou Camp.

Pemecatan Setien telah disahkan selepas tujuh bulan bersama The Catalans, apabila gagal untuk membantu Barca memenangi LaLiga dan tewas 8-2 kepada Bayern dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL).

Kekalahan di peringkat suku akhir Jumaat lalu merupakan kekalahan terburuk Barca sejak 1946 dan beberapa lagi individu yang bakal menyusul mengikut Setien ke jalan keluar.

Perubahan bakal dilakukan untuk Barca dan kehadiran Koeman, yang menikmati enam tahun bersama kelab sebagai pemain sehingga 1995 dan turut bertindak sebagai penolong Louis van Gaal dari 1998 hingga 2000.

Koeman sebelum ini berkhidmat bersama Belanda, mengambil alih tugas yang disandang oleh Dick Advocaat selepas beliau gagal memastikan pasukan layak ke Piala Dunia 2018.

Impak Koeman bersama The Oranje berhasil, membawa pasukan ke final Liga Negara-Negara UEFA tahun lalu dan memenangi enam daripada lapan aksi kelayakan Euro 2020 sebelum mendapatkan tempat ke peringkat akhir kejohanan itu.