CORNELLA 0 BARCELONA 2

Pengurus Barcelona, ​​Ronald Koeman, berang pasukannya gagal memanfaatkan dua sepakan dalam kemenangan Copa del Rey ke atas Cornella, awal pagi tadi.


Pasukan Catalanyu itu memerlukan masa tambahan untuk mengatasi kelab Segunda B berkenaan menerusi jaringan Ousmane Dembele dan Martin Braithwaite

Penjaga gol Cornella, Ramon Juan, mempamerkan aksi tangkas untuk mematahkan tujuh percubaan lawan termasuk dua sepakan penalti daripada Miralem Pjanic dalam separuh pertama disusuli Dembele dalam babak kedua.

Peluang yang dibazirkan itu memaksa Barca memerlukan masa tambahan ketiga berturut-turut untuk mengesahkan kemaraan -- selepas dua kali seri dalam Supercopa de Espana -- buat pertama kalinya dalam sejarah mereka.

Barca kini gagal menyempurnakan lima daripada lapan tendangan penalti terakhir mereka dan empat daripadanya berlaku secara berturut-turut, lantas Koeman mengecam situasi itu yang dianggapnya tidak sesuai dengan reputasi kelab besar berkenaan.

"Perkara paling penting adalah kemaraan tetapi kami tidak boleh gembira hanya kerana kami menjaringkan gol," katanya.



"Kami gagal dalam dua sepakan penalti dan kami perlu memikul tanggungjawab lebih besar dalam seperti perlawanan ini.

"Sekali lagi, kami terpaksa beraksi 120 minit, ini adalah topik utama kerana kami telah diheret untuk menempuhi tiga perlawanan (seperti ini). Kami mencipta peluang dan beroleh dua sepakan penalti, mustahil ia boleh gagal.

"Saya tidak boleh mengeluh tentang usaha pemain tetapi permainan ini bukan setakat melibatkan larian, sebaliknya kebolehan menciptakan ruang dan menjadi efektif. Hari ini cukup sukar. Ia sama sekali tidak boleh dan tidak dapat diterima.

"Kami sepatutnya memenangi perlawanan lebih awal. Kami gagal menyempurnakan dua sepakan penalti, kami mencipta peluang. Tidak mungkin pasukan seperti Barca gagal sebegitu banyak.

"Saya juga tidak memahaminya kerana biasanya kami mempunyai pemain yang mampu mengambil peranan ini.

"Ini mungkin menakutkan. Saya benar-benar buntu mengapa kami gagal menyudahkan begitu banyak sepakan penalti. Kami tidak boleh gagal dalam dua sepakan penalti dalam satu masa kerana mereka adalah barisan pemain Barcelona. Ini jelas satu perkara yang tidak diambil serius."

Barca akan berkunjung ke Elche dalam LaLiga seterusnya pada Ahad ini.