Ronald Koeman telah meninggalkan hospital selepas menjalani pembedahan jantung Ahad lalu.

Ketua jurulatih Belanda itu telah dibawa masuk ke hospital bagi menjalani pembedahan saluran darah di bahagian jantung.

Pengendali berusia 57 tahun itu telah dikeluarkan semalam dan meninggalkan pesanan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang merawat dan memberikan sokongan kepadanya.

"Ia merupakan sesuatu yang mengejutkan," katanya menerusi Twitter.

"Buat diri saya, tetapi terutama sekali kepada keluarga dan rakan-rakan.

"Saya sangat bertuah kerana doktor cepat membantu saya dan menghargai usaha mereka."