Koeman berjaya kemudi gelora di Barcelona -- Mendieta

Oleh Shaiful Shamsudin 16 Oktober 2020 190
Koeman berjaya kemudi gelora di Barcelona -- Mendieta
Ronald Koeman sedar "langkah pembersihan" perlu dilakukan dalam peralihan di Barcelona, ​​kata Gaizka Mendieta.

Pertahanan legenda Barca itu meninggalkan peranannya sebagai pengurus Belanda untuk kembali ke Camp Nou dan mengutip sisa-sisa perjuangan Quique Setien yang tidak bertahan lama selepas ditewaskan 2-8 kepada Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara (UCL), Ogos lalu.

Koeman berdepan ranjau awal apabila perlu menangani saga perpindahan melibatkan Lionel Messi, yang akhirnya memilih untuk kekal tetapi tetap meluahkan rasa tidak senang dengan cara melepaskan Luis Suarez -- pencetak gol ketiga tertinggi Barca -- kepada saingan LaLiga, Atletico Madrid.

Seorang lagi rakannya, Arturo Vidal, turut menuju pintu keluar bagi menyusuli jejak Ivan Rakitic.

Begitupun, Koeman membuat permulaan yang memberangsangkan dalam keadaan yang sukar itu apabila memungut tujuh daripada sembilan mata.

Lantas, bekas bintang Sepanyol, Mendieta, yang menghabiskan kempen 2002-03 bersama Barca, yakin Koeman telah menunjukkan karakternya.

 

"Akan ada kritikan apabila anda menggalas jawatan di mana-mana kelab sekalipun, terutama di kelab besar kerana impaknya akan selalu lebih besar," katanya kepada Stats Perform.

Bercakap dalam pelancaran Player 4 Player, sebuah firma pakar runding yang diterajuinya, menganggap Koeman sememangnya perlu berterus terang sebaik ketibaannya.

"Saya percaya menyedari apa yang perlu ditempuhinya ketika menandatangani kontrak dengan Barca -- musim peralihan yang akan menuntutnya memaklumkan kepada beberapa pemain mengenai masa depan mereka dan dia harus melakukan sesuatu itu dengan berkesan," kata Mendieta.

"Itu bukannya mudah tetapi sekurang-kurangnya anda tahu apa yang anda akan lalui apabila anda tiba.

"Dan di satu sudut lain, saya fikir dia melakukannya dengan baik. Jelas apabila meraih kemenangan, ia menjadi lebih mudah dalam bola sepak.

"Tetapi secara keseluruhan dari sudut pandangan luar, pasukan itu nampaknya dapat mengikuti idea-idea dengan baik sementara hubungan dia dan pemain-pemain berjalan lancar.

"Itu elemen penting dalam mana-mana pasukan terutama dalam pasukan besar seperti Barcelona. Setakat ini mereka kelihatan berjaya."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen