Jurgen Klopp mendakwa Liverpool tidak pernah meragui bahawa Neymar dan Kylian Mbappe akan pulih untuk Paris Saint-Germain (PSG) menjelang aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi nanti.

PSG dilanda keresahan berganda semasa rehat antarabangsa dengan Neymar terpaksa dikeluarkan lebih awal dalam kemenangan Brazil ke atas Cameroon, manakala Mbappe mengalami kecederaan bahu ketika tugasan bersama Perancis.

Kedua-dua pemain tersebut kemudiannya diketepikan dalam kemenangan 1-0 aksi Ligue 1 ke atas Toulouse pada hujung minggu lalu, namun dijangka akan kembali ke pangkuan skuad Thomas Tuchel untuk perlawanan Kumpulan C di Parc des Princes nanti.

Klopp mendedahkan dia sudah menduga pasangan bintang PSG itu akan turun menghadapi The Reds, sambil menambah bahawa ia tidak akan mengubah pendekatan Liverpool dalam perlawanan itu nanti.

"Tiada perang saraf, kami selalu menjangkakan Mbappe dan Neymar akan diturunkan," kata Klopp dalam sidang akhbar.

"Pemain tahu lebih banyak tentang kekuatan individu seperti Mbappe dan Neymar berbanding saya, tetapi mereka hanya boleh menyinar sekiranya mereka menguasai bola.

"Dua pasukan yang sangat bercita-cita tinggi ini akan menghadapi satu sama lain dalam persaingan dan situasi kumpulan yang menarik.

"PSG sangat dominan dalam liga, kami perlu memastikan mereka tidak dominan di sini. Anak buah saya 100 peratus fokus.

"Saya fikir PSG adalah sebuah pasukan yang akan menang kerana mereka mempunyai tahap yang sangat tinggi.

"Tuchel adalah pengurus yang sangat kreatif yang sentiasa berusaha mencari penyelesaian.

"Kami mahu memenangi perlawanan, kami ada di sini untuk menang. Dengan segala yang kami ada, adalah sukar untuk bertandang ke Paris dan menang, tetapi kami harus cuba!"

Menurut Joe Gomez: "Kami hanya perlu memperagakan corak permainan kami, kami menjangkakan ujian yang sukar. Sebagai sebuah pasukan, kami perlu bermain dengan cara yang sama. #PSGLFC

Liverpool kini menduduki tempat kedua, satu mata di atas PSG -- yang mereka tewaskan 3-2 di Anfield -- menuju dua perlawanan akhir dengan pertemuan dengan pendahulu kumpulan, Napoli, di tempat sendiri sebelum melengkapkan aksi peringkat kumpulan berdepan Reds.

Bagaimanapun, Klopp tidak bimbang dengan mentaliti pasukannya dan yakin Liverpool telah pun melupakan kedukaan di Red Star Belgrade.

"Ia satu tugasan besar, sangat menarik. Lebih sukar perlawanan itu, maka lebih berseronok saya melakukan persiapan," kata Klopp.

"Tiada siapa yang menjangkakan kami akan menjadi 500 peratus lebih baik lagi (awal pagi esok). Sebarang kesilapan kecil boleh menjadi jurang.

"Saya tidak bimbang, pasukan saya sentiasa bersedia daripada segi psikologi.

"Mereka gagal pamer aksi terbaik di Belgrade, jadi saya boleh menerimanya. Saya tidak perlu sentiasa menuding jari."