Jurgen Klopp sudah berada dalam suasana perlawanan dalam sidang media menjelang aksi menentang Salzburg dalam Liga Juara-Juara Eropah awal pagi esok dan membidas penterjemah dalam bahasa Jerman.

Skuad The Reds itu memerlukan sekurang-kurangnya satu mata dalam kunjungan ke Salzburg itu untuk mengesahkan tempat ke pusingan 16 kejohanan yang mana mereka dinobatkan sebagai juara musim lalu.

Klopp berang dengan penterjemah dalam sidang media itu yang menterjemahkan jawapan Jordan Henderson.

Penterjemah itu menambah-nambah bahawa kapten Liverpool berkenaan berkata pasukannya akan mengambil mudah perlawanan dengan Salzburg itu.

Klopp berkata dalam bahasa Jerman: "Ia amat menyakitkan hati apabila penterjemah seperti ini duduk di sebelah pengurus yang boleh berbahasa Jerman.

"Soalannya, adakah kejuaraan Liga Juara-Juara musim lalu membantu kami kerana kami sudah biasa berdepan situasi seperti ini.

"Dia (Henderson) tidak katakan yang kami akan mengambil mudah perlawanan ini.

"Kami menyedari cabaran dalam perlawanan.

"Dia hanya bercakap mengenai perkara normal.

"Anda perlu dengar sebaik-baiknya. Jika tidak, saya boleh melakukannya sendiri. Ia bukannya susah," katanya.

Dengan kembali berbahasa Inggris, Klopp memberitahu wartawan: "Saya sudah berada dalam suasana perlawanan, anda boleh melihatnya."