Klopp puji semangat Ings untuk bersaing rebut tempat

Oleh Dejan Kalinic 25 Oktober 2016 0
Klopp puji semangat Ings untuk bersaing rebut tempat

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, memuji cara penyerang, Danny Ings, berusaha untuk mendapatkan semula tempat dalam kesebelasan utama.

Ings, yang bergelut untuk beraksi musim ini, hanya masuk sebagai pemain gantian ketika menang ke atas Derby County dalam aksi Piala EFL pada September.

Klopp memuji Ings, yang kembali bersaing mendapatkan tempat di dalam pasukan, selepas mengalami kecederaan lutut musim lalu.

"Dia mengalami kecederaan yang teruk musim lalu, dia telah bebas daripada kecederaan ini dan sudah pulih sepenuhnya."

Ings, yang telah meledak empat gol bersama skuad bawah 23 tahun Liverpool, dijangka diturunkan berdepan Tottenham di Anfield.

"Ings perlu bersaing dengan Roberto Firmino, Daniel Sturridge dan Divock Origi, jadi Ings perlu menghasilkan sesuatu jika mahu terus beraksi.

"Apa yang boleh saya katakan adalah dia akan terlibat untuk perlawanan berdepan Tottenham."

Tentang Penulis

Dejan Kalinic

Komen