Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memilih Lionel Messi berbanding Cristiano Ronaldo, walaupun berpandangan bintang Juventus itu hampir dilihat sebagai 'pemain sempurna'.

Messi dan Ronaldo tidak asing lagi dianggap sebagai pemain terbaik sepanjang zaman, walaupun perdebatan di antara kedua-dua pemain tidak pernah mencapai kata persetujuan.

Namun Klopp memilih Messi, pengendali kelahiran Jerman itu amat menghormati dominasi yang telah dipamerkan kedua-dua pemain, menyaksikan 11 daripada 12 Ballons d'Or oleh mereka.

Klopp memuji kekuatan fizikal Ronaldo, tetapi berasakan Messi mampu menghasilkan keajaiban dan melakukan dengan mudah sekali.

"Bagi saya Messi, tetapi saya juga mengagumi Ronaldo," katanya.

"Kami telah berdepan kedua-dua pemain dan mereka hampir mustahil untuk diatasi.

"Jika anda mencari seorang pemain yang sempurna, ketinggian yang dimiliki Ronaldo membenarkan dia melompat tinggi serta pantas ketika melakukan larian. Ia juga ditambah pula dengan perwatakannya, seorang yang sempurna dan profesional.

"Namun bagi Messi, yang kekurangan daripada ketinggian, dia mampu melakukan sesuatu dengan mudah. Jadi saya memilih Messi tetapi Cristiano pemain yang menakjubkan.

"Ia amat sukar tetapi mereka telah mengukir sesuatu yang akan kekal lama dalam kancah bola sepak.

"Terdapat beberapa pemain muda yang berpotensi mencapai tahap mereka, tetapi untuk melakukannya dalam setiap musim untuk jangka masa yang panjang adalah menakjubkan."