Klopp gembira dengan perkembangan Ox

Oleh Penulis Jemputan 17 Oktober 2017 534
Klopp gembira dengan perkembangan Ox
Jurgen Klopp berasakan kemasukan Alex Oxlade-Chamberlain dalam aksi seri 0-0 dengan Manchester United mewakili langkah besar buat pemain itu untuk kariernya di Liverpool.

Oxlade-Chamberlain menyertai The Reds dari Arsenal pada hari terakhir perpindahan dengan nilai £35 juta masih terkial-kial untuk melakukan impak, dengan aksi Piala Liga Inggeris (EFL) apabila tewas 2-0 kepada Leicaster city adalah satu-satunya penampilannya dalam kesebelasan utama  setakat ini. 

Menjelang kunjungan ke Maribor untuk aksi Liga Juara-Juara (UCL), Klopp mengakui pendekatan 'Gegenpressing' memerlukan sedikit masa untuk muka baru menyesuaikan di Anfield, namun dia berasa senang dengan penampilan pemain itu dalam tempoh 12 minit, hujung minggu lalu. 

"Ia sangat bagus, saya menyukainya," ujar Klopp dalam laman sesawang rasmi Liverpool selepas pasukannya hanya mencatat satu kemenangan dalam lapan aksi. 

"Ox adalah anggota baru penting buat kami dan dia merupakan pemain kebangsaan England, namun jarang mendapat peluang beraksi. Saya faham mengenai perkara ini tetapi semua pemain memerlukan masa, begitu juga Ox. Dia tetap tenang. 

"Dengan perbezaan corak permainan, semuanya adalah perkara buat muka baru. Sekalipun dalam keadaan anda tidak letih, namun ia mengenai usaha menyesuaikan diri. 

"Kami tidak sempat melakukannya dalam sesi latihan kerana sejak dia tiba, kami menempuhi dua tempoh jadual antarabangsa. 

"Ketika dia tiba, saya menyedari ia adalah langkah yang besar dan saya sangat gembira dengannya."

Klopp turut berkongsi perkembangan Adam Lallana yang dijangka akan kembali bulan depan selepas bergelut dengan masalah paha sejak musim panas lalu. 

"Ia berita mengembirakan. Saya tidak boleh mengatakannya lagi, namun mungkin selepas perlawanan antarabangsa dia akan kembali," ujarnya lagi. 

"Ia sangat menarik buat kami. Semua orang sedar kualiti yang dimilikinya.

Pengendali Liverpool mempunyai beberapa pilihan untuk merombak pasukannya dalam pertemuan Kumpulan E dengan Maribor selain masalah yang dihadapi Lallana, Sadio Mane (hamstring) dan Nathaniel Clyne (belakang). 

"Kami akan mempertimbangkan penggiliran pemain. Saya tidak fikir ia adalah perlu, mungkin tiga atau empat pertukaran akan dibuat," kata Klopp sambil mengesahkan Loris Karius akan diturunkan buat kali ketiga berturut-turut dalam kempen UCL. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen