Hansi Flick menyedari kemenangan Bayern Munich di Borussia Dortmund merupakan satu langkah besar untuk menjuarai Bundesliga.

Lambungan Joshua Kimmich dalam babak pertama memastikan kemenangan 1-0 untuk juara bertahan itu unggul dalam pertembungan tertutup 'Klassiker' di Signal Iduna Park, awal pagi tadi.



Gergasi Bavaria itu semakin selesa dengan tujuh mata di depan Dortmund untuk memimpin saingan dengan baki enam perlawanan lagi dan kelihatan ditakdirkan untuk meraih kejuaraan kelapan berturut-turut.

Flick menyifatkan kejayaan itu sebagai tiga mata berharga sungguhpun pengurus Bayern tersebut tidak akan meraikannya.

Dia berkata: "Ini satu kemenangan yang mustahak, kami mengambil langkah penting untuk maju.

"Adakah saya akan memenangi gelaran pertama sebagai pengurus? Saya bukan pengurus yang terlalu banyak memikirkan mengenai masa depan.

"Seronok untuk mendahului saingan dengan tujuh mata. Sebelum rehat musim sejuk, kami ketinggalan empat mata dan kini kami beraksi dengan bagus tahun ini dan juga mempamerkan permainan yang menarik.

"Kami sedar bahawa kunci utama untuk berjaya adalah dengan mendekati setiap perlawanan melalui cara yang sama seperti kami mendekati tiga aksi awal sejurus musim ini bersambung (tertangguh akibat Covid-19).

"Sekiranya ia satu kedudukan yang selamat, kami bolehlah bercakap mengenai kejuaraan tetapi buat masa ini belum melakukannya."

Flick telah memenangi 15 daripada 18 perlawanan sejak memikul jawatan itu, ia rekod yang pernah dicapai Pep Guardiola dalam sejarah kelab berkenaan.


Keputusan lain:

BAYER LEVERKUSEN 1 WOLFSBURG 4

WERDER BREMEN 0 BORUSSIA MONCHENGLADBACH 0