Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, tidak bimbang dengan gandingan dua penggempur baru Kedah, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre kerana memiliki kualiti penyerang sendiri, Diogo Luis Santo, menjelang aksi Piala Sumbangsih 2020, esok.

Sherman, penjaring terbanyak Liga Super 2019 dan Kipre pula penjaring terbanyak edisi 2018 menjadi senjata utama Kedah untuk cuba untuk merobek gawang JDT dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim.

Namun, Mora tidak bimbang dengan kelibat dua penyerang itu sebaliknya yakin dengan kekuatan yang miliki penyerang JDT, Diogo dalam memastikan mampu meleburkan impian Kedah.

"Kami sangat bertuah kerana meraih kemenangan lebih banyak berbanding tewas kepada Kedah. Kami mahu meneruskan momentum namun menyedari mereka mampu menghadirkan ancaman," kata Benjamin.

Sementara itu, Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak, mahu anak buahnya menyesuaikan diri dnegan pantas di stadium baharu skuad Harimau Selatan bagi memastikan masih melalukan kejutan akan dapat dilaksanakan.

"Setiap pertukaran yang dilakukan perlu mencapai keserasian dalam pasukan, saya berasakan pemain-pemain profesional dan mampu melaksanakan tugas dengan baik," kata Aidil.

Kali terakhir Kedah menjulang trofi Piala Sumbangsih adalah pada tahun 2017, dengan JDT sebagai juara bertahan.