Kimpembe ambil tempat Mangala dalam kem Perancis

Oleh Shaiful Shamsudin 4 Oktober 2016 3
Kimpembe ambil tempat Mangala dalam kem Perancis
Penampilan hebat Presnel Kimpembe pada awal musim bersama Paris Saint-Germain melayakkan pemain berusia 21 tahun itu dipanggil dalam skuad Perancis, bagi menggantikan Eliaquim Mangala yang tercedera. 

Kimpembe mengukuhkan tempatnya dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Unai Emery, dengan membuat tujuh penampilan domestik musim ini. 

Pemain pertahanan itu beraksi tanpa dibolosi dalam enam perlawanan pertama Ligue 1 musim ini dan pencapaian itu sudah cukup untuk meyakinkan Didier Deschamps menamakannya dalam kempen kelayakan Piala Dunia menentang Belanda dan Bulgaria. 

Mangala sebelum ini tersenarai bagi menggantikan tempat Jeremy Mathieu yang bersara dari peringkat antarabangsa, namun khidmat pemain Valencia itu pula diketepikan akibat kecederaan. 

Perancis mengintai kebangkitan selepas juara Piala Dunia 1998 itu diikat seri tanpa jaringan ketika menentang Belarus dalam aksi Kumpulan A.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen