Kim Swee makin percayai pemain skuad B-19

Oleh Penulis Jemputan 24 November 2017 1807
Kim Swee makin percayai pemain skuad B-19
Jurulatih skuad B-23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, menyenaraikan empat pemain baru daripada skuad B-19 dalam senarai 30 pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat bermula Isnin ini bagi menghadapi pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di Jiangsu, China, Januari tahun depan.

Empat pemain itu ialah Shivan Pillay Asokan dari PKNS FC, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak (Johor Darul Ta'zim II), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan) dan K. Thivandaran (Pulau Pinang).

Seorang lagi pemain B-19 negara yang tersenarai ialah Muhammad Akhyar Abdul Rashid, namun pemain sayap Kedah itu sudah beraksi dalam kelayakan Kejohanan AFC B-23 dan Sukan SEA Kuala
Lumpur.

"Ia perkara biasa berlaku di mana-mana negara sekalipun apabila pasukan kebangsaan mengambil pemain bawah 23 tahun, begitu juga skuad 23 tahun mengambil pemain daripada pasukan bawah 19 tahun.

"Ia secara tidak langsung memberi pengalaman yang cukup luas kepada mereka. Saya percaya mereka akan mempunyai keyakinan yang lebih tinggi," kata jurulatih itu.

Tambah Kim Swee, dia turut mengutamakan aspek disiplin dalam pemilihan untuk senarai akhir 23 pemain yang akan dibawa ke China.

Katanya, aspek itu penting memandangkan kejohanan kali ini adalah saingan peringkat Asia yang sudah pasti lebih tinggi dan mencabar berbanding Sukan SEA pada Ogos lalu.

"Objektif kami adalah mendapatkan pemain-pemain yang cukup berdisiplin di dalam dan di luar padang.

"Kita tahu bukan mudah untuk bermain dengan Iraq, Jordan dan Arab Saudi," ujarnya.

Skuad negara akan ke Mokpo, Korea Selatan untuk menjalani latihan selama dua minggu bermula 17 Disember depan sebelum ke Nanjing, China bagi latihan pusat fasa terakhir selama lapan hari.

Senarai 30 pemain
 
BIL NAMA UMUR POSISI PASUKAN
1. HAZIQ NADZLI 19 PENJAGA GOL JOHOR DARUL TA’ZIM
2. SAFAWI RASID 20 PENYERANG JOHOR DARUL TA’ZIM
3. DOMINIC TAN 20 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
4. ADAM NOR AZLIN 21 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM*
5. SYAMER KUTTY ABBA 20 TENGAH JOHOR DARUL TA’ZIM*
6. IFWAT AKMAL CHEK KASSIM 21 PENJAGA GOL KEDAH
7. SYAFIQ AHMAD 22 PENYERANG KEDAH
8. AKHYAR RASHID 18 PENYERANG KEDAH
9. AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED 21 PENJAGA GOL KELANTAN
10. DANIAL ASHRAF ABDULLAH 20 TENGAH KELANTAN
11. NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT 18 TENGAH KELANTAN
12. MATTHEW DAVIES 22 SAYAP PAHANG
13. NOR AZAM ABDUL AZIH 22 TENGAH PAHANG
14. KOGILESWARAN RAJ 19 TENGAH PAHANG
15. ADIB ZAINUDIN 22 PERTAHANAN FELCRA FC
16. N THANABALAN 22 PENYERANG FELCRA FC
17. SYAZWAN ANDIK ISHAK 21 SAYAP JOHOR DARUL TA’ZIM II
18. HADI FAYYADH ABDUL RAZAK 17 PENYERANG JOHOR DARUL TA’ZIM II
19. RAPHI AZIZAN MARIAPPEN 21 PERTAHANAN PJ RANGERS FC
20. TOMMY MAWAT BADA 21 SAYAP PJ RANGERS FC*
21. JAFRI FIRDAUS CHEW 20 PENYERANG PKNS FC*
22. SHIVAN PILLAY ASOKAN 17 PERTAHANAN PKNS FC
23. DANIAL AMIER NORHISHAM 20 TENGAH FELDA UNITED
24. IRFAN ZAKARIA 22 PERTAHANAN KUALA LUMPUR
25. AHMAD KHAIRIL ANUAR ZAMRI 22 TENGAH PERAK
26. SYAZWAN ZAIPOL BAHARI 22 PERTAHANAN PKNP FC
27. K THIVANDARAN 18 TENGAH PULAU PINANG
28. SEAN EUGENE SELVARAJ 21 PENYERANG NEGERI SEMBILAN
29. SYAHMI SAFARI 19 SAYAP SELANGOR
30. AMIERUL HAKIMI AWANG 22 PENJAGA GOL TERENGGANU
* Pasukan baharu 2018
 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen