Khairy: AMD bakal mula operasi

Oleh Penulis Jemputan 24 Januari 2018 588
Khairy: AMD bakal mula operasi
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengesahkan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang kini hampir siap dan bakal mula beroperasi.

Khairy akan melakukan tinjauan ke Pahang esok untuk memastikan prasarana akademi itu berada di tahap terbaik sebelum beroperasi sepenuhnya.

“Saya rasa dalam tempoh dua atau tiga bulan, kami dapat menempatkan kesemua 250 pemain di AMD dan mereka akan ke Sekolah Sukan Gambang untuk kelas pembelajaran,” katanya.

Khairy juga menyambut baik tajaan untuk Pelan Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) daripada BDB Land bagi membantu kos operasi beberapa akademi NFDP di Kedah.

“BDB telah meminta untuk tidak mengumumkan nilai penajaan tetapi ia adalah satu jumlah yang bagus untuk membantu pusat-pusat latihan di Kedah.

“Ia cukup untuk menanggung kos bagi beberapa pusat selama setahun,” katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen