Penurunan prestasi Jadon Sancho baru-baru ini mungkin disebabkan daripada spekulasi perpindahan yang berterusan mengenainya sepanjang pra-musim, menurut jurulatih Borussia Dortmund, Lucien Favre.

Sancho menjadi perbualan utama selepas dikhabarkan bakal menyertai Manchester United yang dilaporkan berusaha untuk mendapatkan pemain England itu.

Dortmund sebelum ini menyatakan Sancho bukan untuk dijual sejak Ogos, dan mereka berjaya menghalang cubaan United daripada mencapai persetujuan.

Di sebalik tiada perpindahan yang berlaku, Favre mencadangkan, ia bukan punca di sebalik apa yang sedang dihadapi oleh Sancho.

Sancho sekadar membuat dua assist dalam empat perlawanan Bundesliga sejak permulaan 2020-21, bilangan yang mengecewakan bagi bekas pemain Manchester City itu.

Favre percaya saga pra-musim boleh memberi kesan kepadanya.

"Setiap pemain mempunyai tempoh perlahan," katanya.

"Terdapat banyak perbincangan mengenai Jadon pada musim panas, sesuatu seperti itu juga boleh memberi kesan.

"Tetapi tidak ada pemain yang konsisten dalam prestasi terbaik sepanjang tahun, itu mustahil. Anda harus menerimanya."

Musim lalu, Sancho created menghasilkan 69 peluang dalam saingan Bundesliga, mendahului carta assist dengan 16 kali. Meledak 17 gol, dan terlibat dalam 33 gol untuk 32 perlawanan.