Franck Kessie menegaskan dirinya sedia untuk mengambil sepakan penalti sekali lagi ketika Milan meraih kemenangan 2-0 ke atas Fiorentina.

The Rossoneri kekal cemerlang ketika ketiadaan Zlatan Ibrahimovic yang dihimpit kecederaan hamstring selepas kembali mendahului lima mata di puncak liga ke atas Inter dalama saingan Serie A.

Kapten pasukan, Alessio Romagnoli, membuka jaringan pada minit ke-13 sebelum Kessie menyempurnakan sepakan penalti selepas German Pezzella mengasari Alexis Saelemaekers.

Kessie berjaya memperdayakan Bartlomiej Dragowski pada minit ke-27 sebelum penjaga gol Fiorentina tepat meneka arah bola penalti kedua MIlan, selepas Martin Caceres menjatuhkan Theo Hernandez.

“Saya menjaringkan yang pertama, saya gagal yang kedua tetapi saya akan terus mengambilnya buat kali ketiga," kata Kessie kepada DAZN.


Pengurus Milan, Stefano Pioli, bercakap kepada pemain-pemain menerusi panggil video untuk meraikan kemenangan dan Kessie berkata, "Dia mengucapkan tahniah kepada pasukan, dia sangat gembira, perlawanan yang penting."