ISRAEL 0 ITALI 1

Julen Lopetegui kagum dengan kesabaran Sepanyol sebelum menundukkan Israel 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Stadium Teddy, Jerusalem, awal pagi tadi.


La Roja sukar menembusi benteng tuan rumah dan hanya berpeluang menguji pintu gol lawan dari jarak jauh.

Namun, sentuhan magis Asier Illarramendi memecah kebuntuan perlawanan apabila pemain tengah Real Sociedad itu mencetak gol sulungnya di peringkat antarabangsa pada minit ke-76 menerusi sepakan lambung dari jarak 25 ela.

Lopetegui, yang melakukan rombakan besar terhadap kesebelasan utamanya, mengakui anak buahnya memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan rentak ketika berdepan lawan yang bersemangat tinggi.

"Kami sedar ia tugas sukar kerana kami berhadapan dengan pasukan yang begitu bermotivasi," katanya sejurus menyaksikan barisan pemainnya menamatkan saingan Kumpulan G tanpa kalah sungguhpun sudah layak ke Russia 2018.

"Kami beraksi dengan baik dan pada babak pertama, kami tidak tahu bagaimana untuk mengasak benteng lawan.

"Apabila anda menjaringkan gol pertama secepat mungkin, ada kalanya keadaan menjadi rumit. Namun, pada akhirnya kami meraih tiga mata.

"Saya harus mengucapkan tahniah kepada pemain atas kempen kelayakan yang hebat ini," katanya lagi.