Kerteh FC serius masuki pasaran Eropah

Oleh Tengku Danish Bahri 10 Mei 2020 1091
Kerteh FC serius masuki pasaran Eropah
Kelab amatur, Kerteh FC, terus mengorak langkah dalam usaha menembusi pasaran Eropah dengan melantik Oscar Riera sebagai penasihat teknikal.

Dikenali sebagai antara individu berpengaruh di Sepanyol, Riera akan membantu Pengarah Teknikal, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor, membentuk program belia kelab itu.

Hasil daripada program itu kemudian diharap dapat membuka laluan buat anak muda Kerteh berkelana dan memulakan karier bola sepak profesional di Eropah.

Menurut kenyataan, Riera berpengalaman luas sebagai pencari bakat kepada kelab La Liga, Espanyol, dan kini bekerjasama dengan kelab Divisyen 2 dan 3 di Sepanyol.

"Riera berperanan menyediakan batu loncatan buat pemain muda asing mempamerkan bakat dalam pasaran Eropah.

"Pelantikannya juga salah satu langkah penting dalam projek jangka panjang Kerteh FC," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Khairi Amier Syed Radzuan.

Kredit foto: Kerteh FC
 

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen