Kapten pasukan Melaka United, Ilija Spasojevic yang diumumkan sebagai penjaring terbanyak, menganggap kerjasama pasukan sebagai kunci utama mereka meraih gelaran juara Liga Perdana musim ini

Perlawanan berdepan Sime Darby FC dengan keputusan seri 1-1 menamatkan saingan Liga Perdana musim ini yang menyaksikan kejuaraan menjadi milik Melaka United.

Spasojevic menyifatkan ia adalah pengalaman terbaiknya sebagai pemain bersama pasukan sepanjang tahun ini

Meskipun dikhabarkan bakal berhijrah ke pasukan lain musim depan, Spasojevic tidak mahu terburu-buru membuat keputusan dan hanya mahu menikmati kejuaraan ini terlebih dahulu.

“Ini merupakan tahun terbaik saya dalam bola sepak, saya telah berjaya membantu pasukan memenangi liga, meraih anugerah penjaring terbanyak, bintang cemerlang dan anugerah pemain terbaik bulanan. Tahun ini, saya amat menikmati bermain bersama Melaka,” kata Spasojevic.

Bagi pemain, Mohd Saiful Mustafa, dia bersyukur kerana gol terakhir minit ke-90 yang dijaringkannya sekurang- kurangnya memberikan keceriaan kepada penyokong yang hadir untuk memastikan pasukannya tidak tewas.

“Kami bergelut dalam separuh masa pertama tetapi kami berjaya meledak satu gol untuk mendapatkan keputusan seri,” katas Saiful.