Maurizio Sarri mendedahkan Gonzalo Higuain mungkin akan tampil buat kali pertama sejak saingan di Itali bersambung yang menyaksikan Juventus bakal menjadi tuan rumah kepada Lecce, awal pagi esok.

Pendahulu Serie A itu berpeluang untuk melebarkan kelebihan mereka selepas pesaing terdekat, Lazio -- yang gagal mempertahankan pendahuluan 2-0 sebelum tumbang 2-3 di Atalanta semalam -- apabila berhitung dengan lawan yang terancam dengan penyingkiran itu di Turin.

Juve menyambung perjuangan dalam liga menerusi kemenangan 2-0 di Bologna awal minggu ini selepas turun dalam dua aksi Coppa Italia di sebalik Higuain tidak memainkan peranan.

Sebelum ini, Sarri mengatakan ketiadaan penyerang tersebut adalah akibat kecederaan ringan sambil mendedahkan wabak COVID-19 turut memberi kesan kepada anak buahnya itu walaupun dia kini mula berlatih bersama bersama rakan sepasukan.

"Higuain merupakan seorang yang sangat sensitif, dia tersentuh dengan peristiwa dunia dan daripada pengalaman peribadinya," kata Sarri kepada media.

"Ketika melaporkan diri, dia menganggap untuk kembali beraksi adalah tindakan yang tidak tepat di samping dia sendiri menanggung kecederaan ringan.

"Nampaknya dia sudah mempunyai keinginan asalnya, Bagi kami, kepulangannya adalah penting."

Juve akan menyambut baik kehadiran penggempur dari Argentina itu menjelang jadual padat yang bakal ditempuhi.

Juara bertahan itu menerajui saingan dengan jurang empat mata di depan Lazio yang keciciran mata, tetapi Sarri menganggap ia bukan satu kelebihan memandangkan masih ada 11 perlawanan lagi untuk dimainkan.

"Semua perlawanan adalah sukar kerana keadaan fizikal pemain tidak berada di tahap terbaik. Kami perlu bersedia," kata bekas pengurus Napoli itu.

"Kami tidak seharusnya melihat perlawanan yang jauh di depan sebaliknya perlu fokus kepada persembahan sendiri yang pada akhirnya akan membawa kami hasilnya.

"Kelebihan yang ada ini tidak besar kerana masih ada 33 mata untuk direbut. Kami harus mempunyai mentaliti yang betul."