Kemenangan lonjak motivasi Rafinha

Oleh Penulis Jemputan 25 Oktober 2018 85
Kemenangan lonjak motivasi Rafinha
BARCELONA 2 INTER 0

Rafinha berasakan kejayaan menewaskan Inter dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) memberikan lonjakan keyakinan buat Barcelona menjelang aksi El Clasico.


Pendahulu LaLiga, Barca, akan  menerima kunjungan Real Madrid di Nou Camp, Ahad ini, dengan pengendali Los Blancos, Julen Lopetegui, dilaporkan semakin hampir untuk dipecat.

Barca memanaskan badan untuk aksi Clasico dengan kemenangan 2-0 ke atas Inter dalam saingan UCL, awal pagi tadi, dengan Rafinha membuka jaringan pada minit ke-32.

Jordi Alba memastikan kemenangan pada penghujung permainan dan Rafinha menjelaskan pasukan masih lagi berbisa walaupun turun tanpa kelibat Lionel Messi yang dibelenggu kecederaan.

"Saya sangat teruja apabila terpilih dalam kesebelasan utama," kata Rafinha.

"Meraih kemenangan, menjaringkan gol merupakan motivasi terbaik untuk saya.

"Kami beraksi cemerlang berdepan pasukan yang mampu menyukarkan kami. Barca telah berusaha menampilkan permainan terbaik untuk meraih kemenangan ini.

"Keputusan ini melonjakkan keyakinan pasukan untuk menghadapi Real, Ahad ini."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen