Kemenangan Juventus lebih penting daripada rekod -- Ronaldo

Oleh Ammar Hakim 21 Julai 2020 283
Kemenangan Juventus lebih penting daripada rekod -- Ronaldo
Cristiano Ronaldo menegaskan rekod adalah sesuatu yang manis, tetapi perkara paling penting bagi Juventus adalah mempertahankan gelaran Serie A musim ini.

Ronaldo menjadi pemain terpantas untuk meledak 50 gol Serie A ketika Juve mengatasi Lazio 2-1 di Turin awal pagi tadi.

Pemenang Ballon d'Or winner lima kali itu -– mencapai bilangan jaringan tersebut dalam 61 perlawanan Serie A -- meledak dua gol dalam tempoh tiga minit sekaligus membantu Juventus menghampiri gelaran Scudetton buat kali kesembilan berturut-turut.

Ronaldo turut menjadi pemai pertama untuk meledak 50 gol dalam saingan Serie A, LaLiga dan Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu mahu melihat sasaran yang lebih penting baginya musim ini.
 

"Rekod sentiasa penting, tetapi kemenangan pasukan adalah keutamaan saya," kata Ronaldo.

"Kami merupakan sebuah pasukan yang luar biasa dan membuktikannya sekali lagi namun kami sentiasa mahu mempertingkatkan lagi mutu permainan.
 

Ronaldo membuka jaringan enam minit selepas perlawanan bersambung dalam babak kedua apabila menyempurnakan sepakan penalti.

Paulo Dybala kemudian melakukan lorongan buat Ronaldo tiga minit kemudian, sementara Ciro Immobile menjaringkan gol saguhati buat pelawat.

Juve kini berkelebihan lapan mata di puncak liga ketika saingan berbaki empat perlawanan.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen