Kembali bersatu: Ramos bertemu Ronaldo, Pepe selepas aksi Sepanyol-Portugal

Oleh Ammar Hakim 8 Oktober 2020 2599
Kembali bersatu: Ramos bertemu Ronaldo, Pepe selepas aksi Sepanyol-Portugal
Portugal dan Sepanyol berkongsi seri tanpa jaringan dalam aksi persahabatan awal pagi tadi, ketika Cristiano Ronaldo dan Pepe kembali bertemu dengan rakan lama, Sergio Ramos, selepas tamat perlawanan.

Ronaldo dan Renato Sanches menggegar palang buat Portugal, sementara Dani Olmo hampir mendapatkan jaringan kemenangan buat Sepanyol dalam perlawanan yang menarik di Lisbon.

Perseteruan mereka diketepi selepas wisel penamat, apabila kapten Real Madrid, Ramos, bertemu dengan bekas rakan sepasukannya dalam bilik persalinan.

Ramos, Ronaldo dan Pepe memainkan peranan penting buat Los Blancos dalam musim-musim sebelum ini, dan ketiga mereka telah bergambar menerusi akauan Twitter pertahanan tengah Real itu.
 

"Kami masih ada... dan banyak lagi akan menyusul! Saya sangat gembira melihat anda, rakan-rakan kembali bersatu," kata Ramos.

Ronaldo kini membintangani juara Itali, Juventus dalam Serie A, sementara Pepe merupakan penyandang juara Liga Primeira bersama Porto.

Sementara Sepanyol menerima kunjungan Switzerland Sabtu ini, Portugal berdepan Perancis pada Ahad bagi aksi Liga Negara-Negara.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen