Presiden Torino, Urbano Cairo, berpandangan ia adalah tindakan 'kurang bijak' daripada kelab-kelab Serie A yang akan mempertimbangkan untuk kembali ke latihan memandangkan keadaan yang sentiasa berubah dari pandemik koronavirus.

Sukan di Itali telah ditangguh sejak 9 Mac ekoran penularan COVID-19, dengan hampir keseluruhan saingan liga di seluruh dunia telah ditangguh.

Terdapat 4,825 kematian di Itali berpunca daripada virus tersebut, bilangan tertinggi di mana-mana negara.

Bagaimanapun, Cagliari dan Napoli antara kelab yang mahu kembali menjalani latihan, sementara Lazio turut menjelaskan mereka berancang untuk kembali berlatih.

Cairo menyatakan kekecewaannya dengan rancangan itu dalam satu temu bual dengan akhbar Turin, La Stampa.

"Jika saya memikirkan semula pertemuan dengan Lega 10 Mac lalu, terdapat beberapa pihak yang telah mula bercakap mengenai latihan mahu kembali beraksi," kata Cairo.

"Kata-kata itu yang didengari ketika ini, seperti mereka ini datang daripada planet yang berbeza.

"Ia bukanlah satu tindakan yang bijak bagi saya untuk berbalah mengenai penularan virus ini. Berkata 'daerah saya tidak bermasalah' bukanlah satu penjelasan yang bagus."