Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, berkata bahawa dia terjejas dengan kematian legenda Los Angeles Lakers, Kobe Bryant.

Bryant, 41, bersama anaknya yang berusia 13 tahun, Gianna, bersama tujuh individu lain, terbunuh dalam satu nahas helikopter di Calabasas, California, Januari lalu.

Neymar memberikan penghormatan buat Bryant dengan mengarung jersi juara NBA lima kali itu selain mendedikasikan jaringannya ketika menewaskan Lille, Februari lalu dengan menunjukkan isyarat dua jari dan empat jari -- sebagai memperingati nombor 24 yang dipakai Bryant ketika bersama Lakers.

Mengenai kematian Bryant itu, Neymar berkata kepada Vogue Men Arabia: "Kematiannya amat menjejaskan saya kerana terdapat banyak persamaan dalam hidup kami.

TBT de saudade ⚽️?❤️

A post shared by ene10ta Érre ?? ? neymarjr (@neymarjr) on


"Saya bertemu Kobe ketika dia datang ke Paris.

"Apabila anda bertemu seseorang yang berbeza di sebalik atlet itu, ia mencipta satu hubungan yang berbeza dan dengan Kobe, ia amat istimewa.

"Sukan dan masyarakat kehilangan seorang yang amat hebat," katanya.

Neymar, yang terus dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona, dilanda pelbagai kecederaan sejak menyertai PSG pada 2017.

"Tiada apa yang lebih buruk buat atlet profesional selain daripada kecederaan.

"Saya dilanda pelbagai kecederaan dalam dua musim terakhir ini dan saya banyak mempersoalkan tentang diri saya.

"Separuh daripada kejayaan seseorang atlet adalah mindanya.

"Jika mindanya baik, permainannya akan berjalan lancar secara sendiri," tambahnya.