Kemahuan Hakimi di Real Madrid terus utuh 

Oleh Shaiful Shamsudin 29 Mei 2020 154
Kemahuan Hakimi di Real Madrid terus utuh 
Achraf Hakimi berhasrat untuk mewakili Real Madrid, kata ejen pemain pinjaman Borussia Dortmund itu, Alejandro Camano.

Achraf telah menarik minat di seluruh Eropah selepas mempamerkan persembahan mengagumkan selama dua musim di Dortmund yang bakal berakhir.

Bek berusia 21 tahun itu yang bakatnya digilap menerusi akademi kelab Sepanyol berkenaan pada 2017, telah dikaitkan dengan Bayern Munich, Paris Saint-Germain (PSG), Juventus dan Chelsea.

Inter amat mengagumi sentuhan pemain tersebut, namun Camano pantas meredakan khabar angin itu sambil mendedahkan kelab Serie A berkenaan tidak pernah membuat tawaran.

Di sebalik spekulasi itu, Achraf melihat masa depannya yang panjang di Santiago Bernabeu.

"Dia akan kembali ke pangkuan Real Madrid sejurus musim ini berakhir," katanya kepada Onda Madrid. 

"Kami akan melihat apa yang berlaku selepas itu.

"Dia ingin beraksi dengan kerap seperti musim ini yang menyaksikan dia ditempatkan dalam kesebelasan utama dalam setiap perlawanan, Dia tidak terburu-buru. Satu-satu hasratnya adalah untuk beraksi demi membantu perkembangannya."

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Vamos 🐝🐝! +3 ⚽️ ⁣⁣⁣ Let's go🐝🐝! +3 ⚽️

A post shared by Achraf Hakimi (@achrafhakimi) on



Menurutnya lagi: "Ada perbincangan luar biasa dengan Real Madrid. Mereka selalu mengharapkan agar dia akan membarisi mereka dan kami tidak mahu menjauhkan diri daripada mereka.

"Jadi, kami akan mencapai persetujuan sama ada dia kekal atau pergi tanpa melupakan bahawa tujuan utamanya adalah peluang beraksi bersama Real Madrid pada suatu hari kelak kerana baginya, ia adalah kelab terbaik di dunia."

"Ia boleh menjadi penantian yang singkat seandainya Real Madrid menawarkannya peluang ketika ini atau dia terpaksa menunggu lebih lama jika tidak dapat kekal di sana, tetapi tujuannya tetap sama, iaitu mewakili kelab terbaik di dunia."

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen