Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan, yakin program kemasyarakatan menerusi Astro Kasih seperti Kem Bola mampu membentuk jaguh negara suatu hari nanti.

Program latihan Kem Bola bersama FCB Escola di Barcelona sampai ke kemuncaknya Jumaat lalu menerusi majlis penyampaian sijil di Padang Miniestadi sejurus selesai latihan terakhir.

"Saya fikir, kami perlu memberitahu cerita di sini," kata Rohana. "32 kanak-kanak itu hari ini memberi inspirasi kepada kanak-kanak lain di sekeliling mereka, termasuk di sekolah."

Beliau turut turun padang untuk menyaksikan sendiri keberkesanan program berkenaan untuk musim ini.

Turut mengiringi beliau adalah Pengarah Astro Kasih, Datuk David Yap.