Kelibat Griezmann bikin Conte gusar 

Oleh Penulis Jemputan 5 Disember 2017 1052
Kelibat Griezmann bikin Conte gusar 
Antonio Conte menjangkakan Antoine Griezmann bakal memberikan Chelsea ujian sukar ketika mereka menghadapi Atletico Madrid di Stamford Bridge, awal pagi esok. 

Bintang Perancis itu meledak tiga gol serta mencipta dua bantuan gol dalam dua perlawanan terakhir LaLiga selain melakar dua gol dalam kemenangan 2-0 Liga Juara-Juara (UCL) ke atas AS Roma, tempoh hari. 

Griezmann kembali kepada prestasi terbaiknya dalam tempoh getir untuk skuad kendalian Diego Simeone itu yang turun dengan misi wajib menang di London bagi menghidupkan peluang ke pusingan 16. 

Conte enggan terlalu fokus terhadap penggempur itu sambil mengakui bekas bintang Real Sociedad itu adalah "pemain yang hebat".

"Keadaan telah berubah," kata Conte dalam sidang akhbar. "Tiga perlawanan yang lalu, timbul masalah kerana Griezmann tidak menyumbat gol.

"Griezmann adalah pemain terhebat yang bermain bersama pasukan yang hebat dan menunjukkan dia adalah pemain utama. Kami perlu memberi perhatian kepada perkara yang lebih penting. Bukan setakat seorang pemain tetapi semua pemain," tambahnya.

Chelsea telah menempah tempat dalam pusingan seterusnya dan akan menjuarai kumpulan itu dengan kemenangan atau jika Roma keciciran mata ketika menentang Qarabag.

Conte mahu pemain-pemainnya memberi tumpuan untuk memenangi perlawanan menentang Atleti tanpa menghiraukan keputusan kumpulan lain kerana tidak percaya status juara kumpulan adalah paling mustahak.

Oleh itu, dia menuntut anak buahnya agar memberi fokus kepada kemenangan berbanding keputusan perlawanan lain. 

""Dalam kes ini, adalah penting untuk melihat diri sendiri," katanya. "UCL adalah kejohanan yang hebat, terbaik dan setiap pasukan mahu layak ke pusingan seterusnya. Dalam kes ini, kumpulan kami sangat sukar kerana kehadiran Chelsea, Atletico Madrid, Roma dan jangan lupa Qarabag."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen