"Berhati-hati dengan serangan psikologi Park Hang-seo." Demikian amaran jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, buat anak buahnya sambil merujuk kepada perkembangan terbaru melibatkan jurulatih Vietnam itu yang cuba membuka ruang selesa buat pemain negara.

Cheng Hoe menggesa anak buahnya agar tidak termakan dengan pujian dari pengendali kelahiran Korea Selatan itu.

Jelas, Hang-seo sedang melancarkan perang psikologi menjelang pertemuan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan seteru dari Asia Tenggara itu, Oktober depan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan jurulatih Vietnam itu, dia cuba membuka ruang untuk barisan tonggak Harimau Malaya berasa selesa dalam aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelak.

FAM Sambut Baik Usaha Dato' Sri Reezal Merican Bawa Cadangan Untuk Kebenaran Latihan Penuh Secara Berkontak Bagi Bola...

Posted by Football Association of Malaysia on Wednesday, July 1, 2020


"Kami mempunyai pengalaman berdepan Vietnam.

"Dalam tempoh dua tahun ini, kami sudah berdepan mereka sebanyak empat kali.

"Pemain-pemain sudah tahu itu cara dia untuk menaikkan kemarahan kami dan bermain dengan emosi agar kami ," jelasnya ketika dihubungi.

Tambahnya: "Kami tahu taktik Park di media, dia gemar menggunakan perang psikologi terhadap kami.

"Yang penting kami sentiasa fokus kepada perlawanan dan persediaan sendiri."

Misi mencuri mata menjelang kunjungan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi keutamaan terlebih dahulu apabila lawan dalam Kumpulan G itu turut melancarkan persediaan terbaik menerusi tiga perubahan di tampuk kejurulatihan.