"Thailand tak gentle", itu situasi yang boleh digambarkan mengenai skuad Gajah Perang itu apabila bersikap tidak profesional berhubung liputan sesi latihan mereka menjelang perlawanan menentang skuad negara dalam saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.

Thailand menjalani latihan kedua selepas tiba di Malaysia semalam.

Skuad kendalian Akira Nishino memilih Stadium UM Arena untuk membuat persiapan dan hasrat Nadi Arena untuk membuat liputan tidak kesampaian apabila mereka memilih untuk melakukan latihan secara tertutup.

Apa yang menjadikan tindakan mereka tidak profesional adalah membenarkan media Thailand untuk membuat liputan.

Chanathip Songkrasin, Teerasil Dangda, serta penjaga gol berpengalaman, Kawin Thamsatchanan, merupakan antara tonggak utama Thailand yang bersama pasukan dalam usaha mereka untuk memastikan slot ke Piala Asia dapat dicapai.