Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak berhasrat untuk membida untuk jadi tuan rumah bagi aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia yang akan dijalankan secara berpusat Jun depan.

Atas kesukaran bagi memenuhi kriteria Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), FAM bertindak untuk tidak mahu mengambil peluang mencuba terlebih dahulu.

FAM memiliki pendirian tersendiri merujuk keadaan semasa dalam negara yang dilihat mustahil untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran secara berpusat Jun ini.

Proses pembidaan akan berakhir 5 Mac ini dan keputusan siapa yang akan muncul selaku tuan rumah bagi Kumpulan G akan diketahui 15 Mac ini.

Tegas Stuart, keputusan penundaan pada Jun sudah cukup melegakan skuad negara dan apa yang lebih penting adalah persediaan anak buah Tan Cheng Hoe,menghasilkan kejutan mara ke Piala Asia 2023.