Bahang kehangatan perlawanan 'derby' Nusantara di antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini kian terasa.

Suasana di perkarangan venue berkenaan bagi perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu cukup meriah ketika ini apabila penyokong kedua-dua pasukan sudah mula berkumpul untuk memasuki stadium.

Beberapa jam sebelum sepak mula, Nadi Arena melakukan tinjuan di Pintu E, yang menjadi pintu masuk bagi penyokong skuad Garuda itu apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperuntukkan sebanyak 4,500 tiket kepada penyokong pelawat.

Walaupun tular di media sosial bahawa mungkin berlaku kekecohan susulan insiden provokasi penyokong tuan rumah terhadap 'ekor' Harimau Malaya ketika perlawanan pembukaan Kumpulan G di Stadium Gelora Bung Karno, Pusat Jakarta, 5 September lalu, namun keadaan di Bukit Jalil ketika ini terkawal sambil anggota keselamatan turut ditempatkan.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena malam ini